Mark Zuckerberg [toke pesbuk] dengan awek dia Priscilla Chan
[saje letak gmbr dia n awek dia...bg hit lebih sket kat blog haku..wakakak]
Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam. Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak." "Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya. Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?" Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti. Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut. "Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini. Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik." "Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg. Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang. "Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi. Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut. Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi - KosmoOnline.
hhurmm...nak komen ape?? dah kaye dah bdk ni...umor baru je sebaye aku...tp dah billionaire...bkn millionaire ok??
kalo terganggu sgt hdp ko...ko letak jawatan...jd tokey yg dok diam2...suh org lain uruskan keje ko... lgpon now bkn ko wat keje lg..ko pon bos kan...huhuh
ni aku ambik dr official account fb..
ape2 pon tunggu je la bln march nnt...huhuh
-END-
6 comments:
aku pun x sure sgt..tp ramai duk blog psal tu..
yeah..tgu & lihat..huhuhu
betul ke cerita ni. mmg dah bnyak dgr. en. azli paat (DAPAT), kata apa plak? Hehe, mentang2 dia penah bg tea-talk kita kan...
Mas, akak nye blog add da tukar tau. http://rosroha.blogspot.com
hahah..tula kan...en azli paat kiter tu..ape la dia nye komen plak...
dah tukar ek? k..mas update link...huhu
uih, serius ke ni? saje nk buat gimmik je kot...
ntahla nad... tp kalo dia nk s.down fb dia..sure pasnie ade social net yg mcm fb gak kuar..xpon x advance dr fb..huhuh
Post a Comment