Tuesday, November 24, 2009

Al-Fatihah...........

Al-fatihah....ditujukan khas kepada arwah pakcik ku Hassan bin Tharchis. pemergian beliau pada 22/11/09 ahad..8:15 pg...Hospital Sultan Ahmad Shah [HoSAS] Temerloh, Pahang.

semoga roh nya dicucuri rahmat..

Ya Allah...semoga roh pakcikku [adik ayah] Hassan Bin Tharchis ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman....amin~~~

--------------------------------------------------------------------------------------------------

bercerita mengenai arwah pakcik ku atau nama glemer arwah dlm famli aku ialah wak can [biaselah...jawa...wak la kan].

banyak kenangan aku bersama arwah..dia seorang pakcik yg baik...dlm adik beradik ayah pon..dialah pakcik yg xpnh buat ayah marah...kalo ayah ssh dl..dialah org pertama yg menolong ayah....

wak can seorang yg berdikari... mempunyai perniagaan sendiri yang amat maju.. sape anak jati kajang yg x kenal or xtau gerai "Wak Hassan Corner"...jgn la mengaku anak jati kajang...
wak seorang yg berjaya..sehingga boleh memiliki sebuah kereta honda prelude [dibeli dgn bayaran cash!].....sebuah lori [senag tuk wak buat keje sambilan dia and sewakan kat org] dan sebuah van venete [utk kegunaan menguruskan kedai wak].
mase aku kat UNITEN dl [mase mule2 masuk uniten]..aku prnh pinjam kereta honda Wak Can tuk pegi Kajang bersama kawan2 ku.... [wak letak kete dia kat umah Wak Bai..pakcik ku yg bekerja di library UNITEN].

sebijik kete wak dl....

serupa dengan van wak yg stil dlm bengkel abg jep..sbb rosak..

paling x boleh aku lupakan....wak belikan aku sebuah komputer dengan harga RM2700 [mase tu aku bgtau dia yg aku nk komputer...tp ayah x beli2kan lg...dah lame aku mintak kat ayah..mase ni tahun 1998..aku ting 2 mase nie]. x sangka aku ckp mcm nie...wak belikan komputer tu untuk aku keesokan harinya dan ini merupakan komputer pertama yang aku miliki. Thanks Wak...sekarang adik adalah pensyarah dalam bidang ICT...alhamdulillah...

berita kehilangan Wak Can cukup dirasai oleh nenek aku...sedih tengok nenek kehilangan anak kesayangan dia...[wak can x kawen lg...even umor dia dah 55 thn nie sbb dl nenek kata dia dah bertunang...tp tunang Wak meninggal sbb penyakit leukimia...trus Wak Frust and mls nk pk kan soal kawen]. Wak Can jugak la orang yg mengeluarkan belanja menghantar nenek mengerjakan haji.... adik beradik ayah yg lain hanya kongsi2 bagi duit blanjer tangan kat nenek...termasuk la ayah aku...tp tambang nenek kesane dgn segale kos RM15k adalah dr Wak Can seorang [nenek kene amik hotel yg dkt dgn kaabah...sbb dah x brape larat mase tu..sbb tula mahal skit]. Segala rawatan nenek sebelum mengerjakan haji pon Wak yg keluarkan... akulah org yg bawak nenek pg KPMC kajang untuk mendapatkan pengesahan doc suapya nenek boleh pg haji...Wak xnak nenek pegi hospital kerajaan...Wak bagi aku duit and mintak tolong aku hantar ke hospital swasta...[mase ni aku dah 2nd year diploma kalo x silap]..

~~beberapa tahun yg lepas..wak pergi membawa diri...atas sebab2 peribadi... kesian nenek yg selalu ingatkan wak... tp kami tetap berhubung dengan wak..cume jarang bertemu sbb wak inginkan ketenangan....

yang tragis nye...rayer haji yg bakal tiber ni...nenek nak berayer dengan wak...tp apakan daye... hajat nenek untuk bersama anak kesayangannya tu..x kesampaian...

sedih tengok nenek menahan hiba dan sebak selepas melihat jenazah anak lelakinya itu...aku yg pergi ke Hospital Temerloh bersama Uda and husband, ayah and umi,hubby aku, nenek and cousin [abg jep] untuk menuntut jenazah wak xdpt menahan airmata aku... niat xnak menangis...redha dengan pemergian wak...tp hati aku x sekuat itu.... wak yg banyak berjasa kepada aku dan kluarga...meninggalkan seribu kenangan kepada kami...

sepatutnye wak balik ke kg pada bulan 5 nie...dan tinggal trus bersama nenek...tp Allah lebih menyayanginya....jadi, xdapat la wak tengok baby aku yg bakal diahirkan bulan 5 nanti....

kali terakhir aku bertemu wak dlm 2 thn lepas...sebelum wak pergi membawa diri... aku dtg kerumah nenek [melawat nenek] salam and cium tgn wak...wak yg tgh menyapu kat bawah pokok rambutan sempat bertanyakan khabar aku...

wak: buat ape sekarang??
me: adik sambung degree...thn depan habisla insyaAllah..
wak: alhamdulillah..bagus! [sambil usap2 kepala aku]
me: [senyum..] adik masuk dl wak...
wak: OK

-END-

No comments: