Wednesday, September 2, 2009

Jum Layan!!! Zasssss

kali nie meh kiter layan lawak2 yg ade dlm koleksi aku...hohohoho [saje nk hilangkan buhsan tahap dewa ni...]

Lawak ANAK DAN BAPA

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada BAPAnya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil:Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil:Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah:Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


muahahah...nasib ayah x camnie..muahahah~~~
--------------------------------------------------------------------------------------------------
LAWAK Cemburu BUTA

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

anak : Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi.

ini bukan cemburu buta ni...ni cemburu pekak...bisu sume ade...muahaha
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Lawak 3 ekor pontianak


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak . Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, Dan menyeramkan. Terus dia berkata :

Pontianak muda: Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?
2 ekor pontianak: Iya, nampak [ngangguk]
Pontianak muda: "Satu kampung TU...habiissss aku kerjakan!!!!"
~~Angin jugak dua ekor pontianak TU dengar keangkuhan pontianak muda.

Kini giliran pontianak yg setengah abad TU pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
Pontianak tua: Nkorang nampak Bandar TU ? [katanya dengan muker yg kerek]
2 ekor pontianak:Iya, Nampak,[sambil mengangguk]
Pontianak tua: Satu Bandar itu juga habiiissssss!!!, [Kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah"]

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua Sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh Cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor TU berkata,
2 ekor pontianak: gilaa ahh dia in tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power.
last pontianak: Nkorang nampak tembok batu TU ?[Sambil mengosok gosok idong nya ]
2 ekor pontianak: Nampak! Nampak!

last pontianak: Aku terlanggar!! Err aku tadi tak nampak....
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawak tersalah dail!


Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

Rosman: Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat! [sambil menengking].
Someone: Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap ni?
Rosman: tak!
Someone: Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

Rosman: Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap ni?
Someone: Tak, Awak Siapa?
Rosman: Kalau Tak Tahu Bagus... :D:thumbsup:
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawak Pengantin baru


Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yg terlalu kerap.

Doc: Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada Hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

isteri: Hari ini Hari apa bang?

Suami: Sumaat [instead to Jumaat...]

Hari ape ek Sumaat?? wakakakkaak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Permintaan Terakhir....

Alkisah benar.. Adela s0rang banduan nih..die ni dijatohkn hukuman gantong sampai mati [erk..ade ke hukuman gntong xmati?] Sblm dijatohkn hukuman.. Dela.. Pgawai pnjare tanye..

Pegawai penjara: Kamu ade prmintaan sblom kamu dihukum?
Banduan: ya! Suda smstinya
Pegawai penjara: apakah pmintaan kamu tu?
Banduan: sy nak nyanyi lagu 10bili0n budak itam
Pegawai penjara: baiklah

~~Sebenarnya.. Banduan trsbut mseh belum djatuhkan hukuman krn, pd saat ini..dia baru mghabiskan kurang 1bili0n.. Bilakah ianya akn brakhir? Tggula smpai budak itam dalam lagu tu pupus

Nice Trick! Good Job!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawak SEPADAN [versi merpati sejoli]

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

Baskon: Wah, gila juga! Ternyata memang benar...Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin

Abon: Sebenarnya apa yang berlaku semalam?

Baskon: Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.

Abon: Ho oh..

Baskon: Nah.. terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.
Abon: Wah, gila kau! [terperanjat]..Bagaimana? Isteri kau marah?

Baskon: Itulah masalahnya...Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!

oklah tu kan.....[suami borek...isteri rintik..mana nak tumpah kuah kalo x ke nasi..] Ape kene ngene??
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kantoi!!!

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri: Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
Suami: Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan [nak jujur la konon...]

Isteri: Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami: Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri: Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami: Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak

Isteri: Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami: Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri: Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami: Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri: Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami: Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri: Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami: Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

Isteri: @#$%????!!!!! ARRRRGGGHHHHHH
Suami: Alamak!! (wa kena beb!!)

hati2 la menajwab ek..muahahah

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Lawak APEK TUA

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.

Man: Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok siang buat la.
Apek: Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis

moral: jgn main tegur apek mlm2..muahahah
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
orang mandi dlm bilik air..ko mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan lg [kalo haku..campak kan jer!!]

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang [aku mmg x brani la..aku tkt kucing..]

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, lipat sendiri... [kain ko???]

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke...

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, awalnya bgn pukul lima
mau jual sayur ka??

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnye
Biarlah limau purut tu masak kat dahan
Yang ko nak sibuk2 buat ape??

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kowang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah Encik Baba jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Tenguk dalam baju
Ape kowang nmpk?? Pk la sndr!! hohoho

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sodap!

No comments: